Projek Usahawan Kiosk Ayam Goreng
Jaringan Usahawan Apam Putra
Jaringan Usahawan Apam Putra
Jaringan Usahawan Apam Putra (Juara) ditubuhkan berfokuskan kepada menggerakkan aktiviti keusahawanan di kalangan anggota khususnya; dan membangunkan sosio ekonomi bagi warga Apam Putra umumnya.
Berita baik untuk semua warga usahawan belia Apam Putra! JUARA mengalu-alukan anda semua untuk menyertai projek ini.
Keistimewaan untuk usahawan yang terpilih :
Mendapat bantuan set kiosk (meja lipat, dapur, peralatan memasak dan bahan promosi).
Berpeluang mengikuti kursus-kursus F&B, kewangan dan keusahawanan.
Mengembangkan perniagaan melalui jaringan usahawan dan peniaga dalam JUARA.
Syarat-syarat penyertaan :
Berminat menceburi bidang keusahawanan F&B.
Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
Alamat kad pengenalan ialah dalam lokaliti Apam Putra.